
BEKAS pemain kebangsaan Singapura Salim Moin, meninggal dunia pada usia 59 tahun, hari ini.
Allahyarham merupakan penolong jurulatih Kelab Bola Sepak Hougang United (HGFC).
Menurut catatan di laman Facebook Kelab Bola Sepak Hougang United, pagi ini, pengurusan kelab amat berdukacita atas pemergian Penolong Jurulatih kami, Salim Moin.
“HGFC menyifatkan Allahyarham sebagai individu penting bagi pasukan yang bertanding dalam musim 2019 sekaligus membawa kelab itu menyaksikan penutup yang terbaik pada musim lalu.
“Allahyarham akan dirindui oleh kami semua dan kami mengucapkan takziah kepada keluarga dan rakan-rakannya,” jelas kenyataan yang dipetik menerusi berita.mediacorp.
Allahyarham juga disanjungi atas dedikasi dan ketokohannya baik di dalam mahupun luar padang.






Add Comment