Bola Sepak Semasa Terkini

Arif Aiman miliki potensi

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Mora memuji corak permainan Arif Aiman yang meledak gol kemenangan pasukan.

JURULATIH Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora memuji penampilan pemain muda ketika perlawanan pusingan pertama Piala Malaysia, malam tadi.

Beraksi di Stadium Dato Hassan Yunos, Larkin JDT menang 1-0 ke atas Kuching FA menerusi gol tunggal Arif Aiman Hanapi pada minit ke-19.

Aksi Arif Aiman mendapat respon positif daripada Mora yang menilai pemain itu ada masa depan cerah dengan skuad Harimau Selatan.

“Normal bagi pemain muda beraksi dalam pasukan utama. Ada masa bermain bagus, ada masa bermain tidak bagus.

“Tapi, saya tak kisah pun. Normal buat pemain muda seperti Arif. Saya tahu dia ada potensi dan tahap keyakinan yang tinggi.

“Satu usaha yang baik daripada pemain muda dan seorang pemain berbakat JDT pada masa depan,” katanya selepas perlawanan.

Jelas Mora, dia tetap berpuas hati dengan satu gol walaupun menguasai hampir keseluruhan perlawanan.

“Saya tak ingat berapa banyak peluang yang dimiliki. Tapi inilah bola sepak. Jika kamu tak jaringkan gol, kamu tak akan menang.

“Dalam bola sepak apa-apa boleh jadi. Kami serang, bergerak secara tersusun dan cuba jaring lebih gol. Namun, tak bernasib baik,” ujarnya memberitahu tiada waktu rehat buat anak buahnya sebaliknya terus menyambung sesi latihan seperti biasa hari ini.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: