Bola Sepak Semasa Terkini

Aidil puji semangat tinggi pemainnya

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Semangat juang barisan pemain nyata mengagumkan Adil Shahrin.

KETUA jurulatih Kedah,  Aidil Sharin Sahak nyata memuji barisan pemainnya yang menunjukkan kesungguhan tinggi selepas berjaya menewaskan Pahang 3-2 untuk mengesahkan pentas suku akhir Piala Malaysia.

Ujarnya, pemain bekerja keras malam ini dan ini bukan satu perlawanan yang mudah terutama beraksi menentang pasukan hebat daripada segi fizikal seperti Pahang.

“Syukur Alhamdulillah, pemain kini lebih berkeyakinan selepas berupaya melangkah ke peringkat suku akhir untuk menentang sama ada Selangor atau Melaka nanti.

“Kami dapat mengawal permainan dengan baik pada babak pertama dan berjaya mendapatkan tiga gol, Renan Alves dan Kpah Sherman cedera sebelum perlawanan ini namun saya memuji semangat juang mereka yang tetap mahu beraksi dan membantu pasukan.

“Saya harap mereka akan segera pulih untuk menghadapi perlawanan akan datang,” tegasnya.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: