Bola Sepak Semasa Terkini

Pulau Pinang waspada kebangkitan Felda United

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Manzoore melihat kedua-dua pasukan memiliki peluang seimbang dan mengharapkan anak didiknya memberikan komitmen penuh bagi meraih kemenangan.

MASALAH dalaman yang dihadapi Felda United bukanlah satu kelebihan buat Pulau Pinang yang bakal menanti skuad bimbingan Mohd Nizam Jamil pada aksi pusingan pertama TM Piala Malaysia di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang malam ini.

Ketua jurulatih Pulau Pinang, Manzoor Azwira, mengakui aksi malam ini  dijangka menarik dengan peluang dilihat seimbang buat kedua-dua pasukan untuk mara ke suku akhir.

“Apa yang berlaku kepada Felda, bagi saya itu adalah masalah di peringkat pengurusan dan tiada kena mengena dengan prestasi pemain mereka di atas padang.

” Pemain-pemain Felda sudah pasti mahu membuktikan sesuatu serta mahu jadikan platform Piala Malaysia ini sebagai medan terakhir memperagakan bakat mereka dalam mencari pasukan baharu musim depan.

” Buat pemain Pulau Pinang, saya sudah tekankan jangan lagi terbuai-buai dengan kejuaraan Liga Premier kerana ini adalah aksi di pentas yang lebih sukar iaitu TM Piala Malaysia.

” Semua pemain berada di tahap terbaik kecuali Casagrande yang tidak 100 peratus cergas tetapi saya jangkakan dia boleh turun beraksi pada kesebelasan utama nanti,” katanya yang tetap menghormati lawan yang disifatkan mempunyai pengalaman beraksi di pentas tertinggi terutama di TM Piala Malaysia biarpun pasukan itu sekadar menamatkan cabaran di tangga ke-11 CIMB Liga Super musim ini.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: