Bola Sepak Semasa Terkini

Awasi Lee Tuck, Dominique

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Devan mengakui Terengganu FC adalah lawan yang kuat dan pastinya laluan sukar bakal ditempuhi skuad bimbingannya.

PENGENDALI Petaling Jaya City FC, K Devan mengingatkan barisan pemain untuk sentiasa memberi perhatian kepada tonggak utama Terengganu FC, Lee Tuck, Dominique Da Sylva dan Faris Ramli pada perlawanan malam esok di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Bagi Devan, TFC adalah pasukan yang cukup baik dan kami memang tidak boleh pandang sebelah mata kemampuan yang mereka ada, jadi bagi saya, kami masih pasukan “underdog”, dan apa-apa pun pemain perlu berusaha untuk cuba mara sejauh mungkin

“Cuma saya sentiasa ingatkan pemain saya, TFC mempunyai pemain yang mampu membahayakan pasukan kita dan untuk itu, kita tidak boleh beri sebarang peluang kepada mereka untuk menguasai perlawanan.

“Sekarang persiapan kami berjalan dengan lancar walaupun dengan cabaran tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sebelum ini,” jelasnya.

Pada masa sama,  Devan mengharapkan musim ini akan berpihak kepada pasukannya untuk mara lebih jauh apatah lagi  perlu berdepan perlawanan pusingan pertama dengan format kalah mati yang menyaksikan peluang lebih terbuka untuk mana-mana pasukan sekalipun tidak kira bagaimana pencapaian mereka dalam saingan liga.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: