Bola Sepak Semasa Terkini

Logo baharu Kelantan FC diperkenalkan

LOGO baru Kelantan FC atau nama jolokan The Red Warriors secara rasminya dilancarkan pemiliknya, Norizam Tukiman yang memilih dari ratusan penyertaan yang diterima.

Jelas Norizam, selepas ambil alih pengurusan pasukan The Red Warriors satu pertandingan membuat logo baru dibuat.

“Alhamdulillah beberapa olah dan maksud pada Logo bintang 2 yang melambangkan perpaduan kuat diantara penyokong dan pasukan The Red Warriors.

“Bulatan Emas,bertapa berharganya pasukan TRW Kelantan FC bagi membawa pasukan kita ke peringkat yang lebih tinggi baik dari pengurusan dan kualiti permainan.
“11 palang adalah melambangkan 11 Jajahan di seluruh negeri Kelantan yg bakal melahirkan pemain bola yg berkualiti,berdisplin dan hebat.
“Logo Kijang diolah dengan wajah tegas.Garang menandakan pengurusan dan pasukan bersungguh-sunguh mencapai misi dan visi pasukan kemenangan.Warna merah,warna semangat berani berjuang hingga ke minit terakhir perlawanan,” ujarnya dipetik melalui FB rasmi pasukan TRW Kelantan FC.
ZamSaham berkata, logo adalah lambang pasukan, semangat adalah isi kekuatan kemenangan.
“Fokus goal tanpa lupa bertahan adalah misi kejuaraan pasukan The Red Warriors. Pasukan dunia seperti Liverpool,Juventus termasuk juga pembuat barangan sukan ternama seperti Nike juga tukar logo supaya seiiring dengan aspirasi dan misi pasukan yang berubah.
“Dari ratusan yang hantar, saya telah memilih logo hasil Muhammad Afiff Hakimi  Anuar. Design sudah menarik hati tetapi Logo kijang sahaja berbeza.
“Saya sudah agak lebih awal jika diumumkan sebagai pemenang tentu akan dapat kecaman. Ada segelintir penyokong yang tidak sabar, mahukan yg terbaik walaupun sudah ada kenyataan Logo pemenang bukanlah logo final yang akan pakai di pada permulaan musim 2021 nanti.
“Dengan Lafaz Bismillahirrahmanirrahim,saya melancarkan Logo baru Kelantan FC atau nama jolokan The Red Warriors,” katanya.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: