Antarabangsa Bola Sepak Semasa

Jangan bandingkan Bale

Mourinho mengakui bahawa Bale menunjukkan peningkatan sejak kembali ke Tottenham pada awal musim ini.

 

PENGURUS Tottenham Hotspur, Jose Mourinho mahu semua pihak tidak membuat perbandingan mengenai Gareth Bale pada masa sekarang dengan Bale tujuh tahun lalu.

Pada musim 2012-13, Bale adalah bintang Tottenham. Waktu itu, pemain asal Wales tersebut menunjukkan prestasi luar biasa dengan menghasilkan 21 gol di Liga Perdana Inggeris.

Bale kemudian diberikan penghargaan Pemain Terbaik Tahunan (PFA) dan berhijrah ke Real Madrid dengan nilai perpindahan termahal saat itu dengan 100 juta euro.

Kini setelah kembali ke pangkuan Spurs, harapan tinggi diletakkan kepada bahu Bale. Namun, Mourinho melihat pemain berusia 31 tahun itu sudah berbeza berbanding ketika pada masa keemasannya.

“Saya ulangi, tujuh tahun adalah jarak yang panjang. Pemain manakah di dunia yang sama seperti dia tujuh tahun lalu? Kadangkala, mereka hanyalah pemain yang berbeza.

“Anda melihat Ronaldo dan Messi misalnya dan membandingkannya dengan tujuh tahun lalu. Saya fikir itu terjadi pada majoriti pemain. Yang pasti, dia adalah pemain yang berbeza,” ujar Mourinho seperti dipetik Goal International.

Walau bagaimanapun, Mourinho mengakui bahawa Bale sudah menunjukkan peningkatan cukup pesat sejak kembali ke Tottenham pada awal musim ini.

Cuma, Mourinho belum mahu memastikan adakah Bale bakal diturunkan dalam skuad utama menentang Brighton, awal pagi Isnin ini.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: