Antarabangsa Bola Sepak Semasa Terkini

Vardy terus beri impak

Vardy meledak gol membantu kemenangan pasukan.

JAMIE Vardy menjadi pencetak gol tertua di Eropah untuk Leicester City ketika mereka menewaskan AEK Athens 2-1 untuk merakam dua kemenangan Liga Europa.

Vardy mengatasi rekod Wes Morgan sebagai pemain tertua yang menjaringkan gol untuk Leicester di Eropah.

Vardy berusia 33 tahun dan 292 hari, sedangkan Morgan 240 hari lebih muda ketika dia menjaringkan gol di Liga Juara-Juara menentang Sevilla pada Mac 2017.

Pemain berusia 33 tahun itu memimpin Leicester hasil sepakan penalti setelah dia dikasari oleh penjaga gol, Panagiotis Tsintotas.

The Foxes tampil selesa apabila Hamza Choudhury menggandakan kelebihan dengan jaringan m-39.

Tetapi Muamer Tankovic memberikan harapan kepada AEK yang masuk sebagai pemain gantian namun tiada tambahan jaringan hingga tamat perlawanan.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: