Bola Sepak Semasa Terkini

Nik Akif kekal bersama TRW

Nik Akif antara pemain muda Kelantan FC yang menjadi buruan beberapa pasukan lain.

PEMAIN muda berpotensi Kelantan, Nik Akif Syahiran Nik Mat dijangka terus kekal bersama Kelantan FC dalam tempoh yang agak lama memandangkan sasaran utama pemilik Kelantan , Norizam Tukiman yang mahu menyerapkan ubi-ubi muda dalam pasukan musim depan.

Walaupun dikhabarkan dirisik berberapa pasukan pada awal musim ini, pemain muda Kelantan FC ini yang juga tonggak utama skuad B23 tahun negara tetap setia menabur bakti dengan negeri kelahirannya.

Perancangan Norizam yang lebih mesra dengan panggilan ZamSaham mengadunkan corak permainan dibawah kendalian Yusri Che Lah, sudah pastinya keringat Nik Akif serta beberapa pemain muda dalam pasukan dan Piala Presiden dan Belia akan membarisi skuad The Red Warriors (TRW) musim depan.

Nik Akif dilihat sesuai dengan corak permainan diterapkan Yusri Che Lah.

Bagi ZamSaham bukan sahaja Nik Akif yang akan kekalkan tetapi juga potensi ubi-ubi muda yang dilihat sesuai bermain dibawah acuan baharu yang akan dijelmakan musim depan.

“Insyallah mana-mana pemain yang bagus bukan sahaja Nik Akif akan kita kekalkan musim depan,” katanya kepada CakapSukan.com.

Nik Akif yang baru berusia 21 tahun  dikatakan antara prospek besar bola sepak negara kerana sering dipanggil mewakili skuad bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan sejak beberapa tahun lalu.

Antara pemain muda lain yang menyerlah adalah Muhd. Danial Ashraf Abdullah, Nik Azli Nik Alias, Afiq Saluddin dan Mohd. Khairul Rizam Che Soh.

Mengenai kemungkinan membawa masuk pemain berpengalaman kelahiran Kelantan musim depan, ZamSaham melihatnya ia bukan satu keperluan utama kerana yang penting adalah keserasian dengan corak permainan yang bakal diterapkan pengendali Yusri Che Lah.

“Keutamaan bukan sahaja anak jati Kelantan tetapi mereka yang boleh bermain dengan pasukan itu yang akan menjadi keutamaan,” katanya.

Tetap setia bersama TRW walaupun pernah ditawarkan menyertai pasukan lain.

 

 

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: