Bola Sepak Semasa Terkini

Rezal pilih JDT, Kedah, TFC dan Selangor

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Rezal Zambery melihat prestasi terakhir pasukan menjadi penentu kejuaraan Piala Malaysia. (FOTO : PFAM)

BEKAS pemain kebangsaan, Rezal Zambery Yahya memilih Johor Darul Ta’zim (JDT), Kedah, Terengganu FC (TFC) dan Selangor sebagai empat pasukan pilihan bagi merebut kejuaraan Piala Malaysia manakala Pulau Pinang antara pasukan ‘underdog’ yang boleh melakar kejutan.

Dengan format kalah mati selain tiada aksi timbal balik menjanjikan tiada ruang buat mana-mana pasukan melakukan kesilapan atau peluang kedua sekiranya mereka tewas dalam sesuatu perlawanan, saingan PM musim ini lebih sukar untuk diramal dan mencabar terutama kepada pasukan pilihan.

Jelasnya, melihatkan prestasi mutakhir ini, saya masih cenderung nampak JDT, Kedah, TFC dan Selangor antara pasukan yang akan muncul juara biarpun format sebegini agak terbuka kepada sesiapa.

“Selangor dalam dua perlawanan terakhir ini menampakkan kebangkitan yang hebat apabila meraih kemenangan yang selesa dan saya nampak mereka teruskan momentum itu di Piala Malaysia.

“ Pulau Pinang pula berbekalkan selaku juara Liga Premier saya nampak tidak boleh ambil mudah kerana dibarisi import yang ada pada mereka dan melalui kepakaran pada Manzoor, saya nampak TM Piala Malaysia ini boleh menjadi batu loncatan kepada Pulau Pinang untuk terus raih perhatian peminat, ” ujarnya.

Format Piala Malaysia musim ini terpaksa diubah kepada saingan kalah mati sejak pusingan pertama membabitkan 16 pasukan (11 Liga Super, 5 Liga Premier ) sehingga ke perlawanan akhir tanpa aksi timbal balik.

Situasi ini berikutan penularan COVID-19 yang memaksa Liga Malaysia terpaksa ditangguhkan selama lima bulan selain bagi memastikan saingan musim ini mampu dihabiskan sebelum menuju 2021.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: