Bola Sepak Semasa Terkini

Aidil Shahrin kekal bimbing Kedah

Aidil Shahrin terus membimbing Kedah untuk tempoh dua tahun lagi.

KEDUDUKAN Aidil Sharin Sahak selaku pengendali skuad Kedah terjawab apabila mengesahkan menyambung kontrak selama dua tahun bersama pasukan itu.

Ketua jurulatih kelahiran Singapura itu berkata kejayaan membawa pasukan Kedah layak beraksi dalam saingan Piala AFC musim depan antara faktor utama keputusan untuk terus bersama skuad Lang Merah, selain rasa sayang kepada pemain dan penyokong setia.

Menurut jurulatih yang digelar ‘Pep Guardiola Singapura’ itu, beberapa usaha penambahbaikan pasukan yang dilakukan pihak pengurusan serta keputusan untuk mengekalkan kira-kira 90 peratus pemain sedia ada dalam pasukan turut menambat hatinya untuk kekal di Kedah.

“Baru-baru ini perbincangan diadakan dengan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) dan setakat ini kami bersetuju dan saya hanya menanti masa untuk menandatangani kontrak baharu.

“Saya berterima kasih kepada pihak pengurusan kerana terus memberi kepercayaan untuk saya mengendalikan pasukan Kedah,” katanya kepada Bernama.

Sebelum ini, masa depan Aidil Sharin yang pernah membawa Kedah menjulang Piala FA musim lepas menjadi tanda tanya selepas timbul spekulasi bahawa jurulatih berusia 43 tahun itu menjadi rebutan beberapa pasukan dalam Liga Malaysia (Liga-M) selain turut diintai Indonesia dan Singapura.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: