Antarabangsa Bola Sepak Terkini

Tiada hukuman untuk Pickford


Pickford (kiri) terlepas hukuman disiplin dari FA dan kekasaran itu mengakibatkan Van Dijk tersisih beberapa bulan.

PERSATUAN Sepak Bola Inggeris (FA) dikhabarkan memutuskan menolak permintaan Liverpool untuk menghukum penjaga gol Everton, Jordan Pickford, atas terjahan kerasnya kepada Virgil van Dijk.

Seperti diberitakan sebelum ini, Pickford telah melakukan kekasaran ke atas Van Dijk pada aks Everton dan Liverpool di Goodison Park, Sabtu lepas

Insiden tersebut terjadi ketika permainan baru berlangsung selama tujuh minit pada separuh masa pertama.

Polemik berlaku kerana pengadil yang bertugas pada pertandingan itu, Michael Oliver, memutuskan tidak memberi hukuman kepada Pickford.

Menurut pengadil, Van Dijk sudah berada pada posisi offside sebelum insiden terjadi.

Selepas perlawanan, Liverpool yang tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil itu menghubungi Persatuan Pengadil Inggeris (PGMOL) untuk mendapat penjelasan.

Bukan itu sahaja, Liverpool juga dilaporkan meminta Pickford dikenakan hukuman atas terjahan kerasnya itu.

Akan tetapi, permintaan Liverpool itu ditolak kerana pihak FA memutuskan untuk tidak memberi hukuman kepada Pickford.

Seperti dipetik dari Sky Sports, FA hanya akan mempertimbangkan hukuman retrospektif untuk insiden yang tidak dilihat oleh pertandingan secara rasmi di padang atau menerusi VAR di Stockley Park.

Sementara itu, insiden Van Dijk telah diperiksa oleh pengadil yang bertugas dan juga petugas VAR malam itu, David Coote.

Walaubagaimanapun, Pickford terlepas hukuman disiplin dari FA dan kekasaran itu mengakibatkan Van Dijk tersisih beberapa bulan bersama Liverpool selepas mengalami cedera ligamen dan akan menjalani operasi.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading