Antarabangsa Bola Sepak Semasa Terkini

Malaysia dan Belgium jalin kerjasama

Hamidin (kanan) menerima kunjungan Pascal H. Gregoire di Wisma FAM, hari ini.
PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak menolak kemungkinan akan menjalinkan hubungan dua hala dalam aspek bola sepak dengan Belgium.
Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, potensi kerjasama menggunakan bola sepak sebagai platform demi faedah bersama telah dibincangkan.
“Kami berkongsi pandangan selain berbincang mengenai potensi kerjasama di antara dua negara, apatah lagi kita maklum Belgium menduduki ranking teratas  Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) sekalipun memiliki jumlah penduduk hanya seramai 11 juta.
“Kami juga menimbang kemungkinan mengadakan program kemasyarakatan sebagai usaha mempromosi kedua-dua negara ke audiens masing-masing,” jelasnya selepas menerima kunjungan hormat Duta Besar Belgium ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Pascal H. Gregoire, di Wisma FAM, hari ini.
Sementara itu, Pascal H. Gregoire memuji keberanian FAM meneruskan agenda penswastaan sebagai antara usaha mentransformasikan saingan bola sepak tempatan serta berkongsi beberapa idea untuk dipertimbangkan Hamidin, termasuk potensi bekerjasama dengan Persatuan Bolasepak Diraja Belgium.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: