Antarabangsa Bola Sepak Semasa Terkini

United benam PSG

Rashford menjaringkan gol kedua memastikan kemenangan ke atas PSG, 2-1.

 

MANCHESTER United melakar kejutan dengan menang 2-1 ke atas Paris Saint-Germain pada kempen Kumpulan H Liga Juara-Juara di Stadium Parc des Princes, awal pagi tadi.

Bruno Fernandes memberikan kelebihan awal bagi United dengan gol penalti minit ke-23 tetapi gol sendiri Anthony Martial pada awal babak kedua menjadikan kedudukan seimbang.

Namun begitu, kelab dari England itu meraih tiga mata dari kunjungan tempat lawan dengan Marcus Rashford kembali menunjukkan magisnya seperti dua tahun lalu untuk mencetak gol kemenangan.

United berada di kedudukan kedua kumpulan di belakang RB Leipzig yang menang 2-0 mengalahkan Basaksehir.

Penyerang The Red Devils, Rashford akui masing-masing ada peluang untuk memenangi perlawanan.

“Anda mungkin hanya ada satu peluang dan anda perlu melakukan yang terbaik bagi merealisasikan,” katanya kepada BT Sport.

Keputusan perlawanan lain yang berlangsung pagi tadi.

Barcelona pula menamatkan sebahagian badi Liga Juara-Juara mereka dengan menewaskan pasukan kerdil dari Hungary, Ferencvaros 5-1 dalam Kumpulan G sejak dimalukan Bayern Munich musim lalu.

Sementara itu, Dynamo Kiev tewas 0-2 kepada Juventus. Lain-lain keputusan, Chelsea 0-0 Sevilla dan Rennes 1-1 Krasnodar.

Aksi Kumpulan F menyaksikan Lazio menang 3-1 ke atas Borussia Dortmund manakala Zenit Saint-Petersburg tewas 1-2 di tangan Club Brugge.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: