Antarabangsa Bola Sepak Semasa Terkini

Karier Ozil di Arsenal berakhir !!!

Arsenal tidak memasukkan nama Ozil ke dalam skuad mereka dan ini bermaksud Ozil tidak boleh memperkuat Arsenal sehingga Februari depan.

ARSENAL tidak menyenaraikan nama Mesut Ozil dalam skuad mereka untuk aksi Liga Perdana Inggeris musim ini yang berjumlah 25 pemain.

Ozil belum lagi diturunkan oleh Mikel Arteta sejak pertandingan kembali bersambung yang terhenti gara-gara perintah berkurung.

Walaupun boleh berpindah pada jendela perpindahan musim panas ini, akan tetapi Ozil memilih kekal di Arsenal, di mana dia menjadi pemain dengan gaji tertinggi, 350,000 poundsterling seminggu.

The Telegraph melaporkan Arsenal tidak memasukkan nama Ozil ke dalam skuad mereka dan ini bermaksud Ozil tidak boleh
memperkuat Arsenal sehingga Februari depan.

Nasib yang sama juga dialami oleh pemain pertahanan, Sokratis Papastathopulos.

Ozil bergabung dengan The Gunners sejak 2013 ketika dibeli dari Real Madrid dengan nilai 50 juta euro. Bersama Arsenal, Ozil sudah bermain sebanyak 254 kali dengan mencetak 44 gol.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: