Antarabangsa Bola Sepak Semasa Terkini

‘Saya akan bangkit lebih baik’

SELEPAS disahkan perlu menjalani pembedahan ligamen lutut ekoran kecederaan ketika bertembung dengan penjaga gol skuad Everton, Jordan Pickford dalam saingan Liga Perdana Inggeris Sabtu lalu, pertahanan kental The Reds, Virgil van Djik tekad kembali lebih hebat.

Mengakui kecewa dengan situasi yang menimpanya ketika ini,  pemain kelahiran Belanda yang dinobatkan pemain terbaik PFA tahun lalu tetap yakin  dalam kesukaran bakal dihadapi ada peluang, dan dengan bantuan Tuhan dia akan kembali lebih baik, lebih cergas daripada sebelumnya.

“Tengahari tadi saya bertemu dengan penasihat untuk merancang proses pemulihan susulan insiden itu. Kini saya fokus sepenuhnya untuk pemulihan dan akan melakukan apa saja bagi kembali secepat mungkin,” ujarnya.

Van Dijk adalah tonggak kepada kebangkitan Liverpool di bawah kendalian Jurgen Klopp yang menjulang trofi pertama Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam tempoh 30 tahun musim lalu

Sementara itu, barisan pemain Liverpool menunjukkan rasa solidariti yang tinggi terhadap rakan sepasukannya dan menyampaikan pesanan serta sokongan tidak berbelah bagi sebaik mengetahui bek asal Belanda tersebut mengalami cedera ACL.

Kata-kata semangat dilaungkan Kapten Liverpool, Jordan Henderson kepada Van Djik.

 

“Detik kembali selalu lebih kuat… segera pulih dengan baik, saudaraku. Kami akan menunggu anda,” tulis Jordan Henderson di media sosial Twitter.

Mohamed Salah mengatakan: “Saya harap anda cepat pulih, wahai orang besar.”

Kemudian Georginia Wijnaldum menulis: “Kami akan sangat merindukanmu. Saya berharap anda boleh segera pulih dan kembali lebih kuat bro.”

Penjaring terbanyak pasukan ketika ini, Salah turut meniupkan kata-kata semangat buat benteng kental pasukannya itu.

 

Pemain sayap yang biasa menemani Van Dijk di kawasan pertahanan Liverpool, Andrew Robertson, juga menyampaikan sokongan penuh terhadap Van Dijk.

“Berharap boleh melihat senyuman kembali ke wajah anda, teman! Kami bersama anda dalam setiap langkah, saudaraku.”

Kecederaan Van Dijk ini seolah-olah melengkapkan musibah yang kerap menimpa Liverpool sejak kebelakangan ini.

Mereka juga kehilangan pemain utama lain akibat cedera ataupun Covid-19. Antaranya, Alisson Becker yang harus berehat selama beberapa minggu. Thiago Alcantara dan Sadio Mane juga sempat terkena jangkitan Covid-19.

 

 

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: