Bola Sepak Semasa Terkini

Rakyat United bakal ganti Felda United

Annuar memaklumkan FUFC memohon tempoh masa seminggu untuk membuat keputusan perbincangan mengenai Rakyat United.

PERSOALAN kewujudan kelab bola baharu yang diberi nama Rakyat United yang menarik perhatian netizen akhirnya terjawab apabila bakal menggantikan Felda United FC pada musim depan.

Seandainya perbincangan dan perancangan berjalan lancar, Rakyat United yang mewakili warga Putrajaya akan bersaing dalam saingan Liga Malaysia 2021.

Perkhabaran ini dinyatakan sendiri, Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berkata mengenai hasrat Rakyat United untuk menggantikan Kelab Bola Sepak Felda United (FUFC).

“Perbincangan mengenai impian dan harapan melihat rakyat serta warga Putrajaya memiliki kelab bola sepak di bawah nama Rakyat United sedang berjalan lancar.

“Memang betul saya dan bertemu dengan pengurusan Rakyat United itu asalnya Felda United dan mereka telah dimiliki syarikat-syarikat tertentu.

“Saya hanya meninjau, buat masa ini tiada keputusan, kalau ada rezeki dan jodoh, harapan saya agar ada pasukan yang mewakili rakyat dan warga Putrajaya.

“FUFC meminta tempoh seminggu untuk fikir-fikirkan apa yang saya cakap dan kita sasarkan untuk beraksi tahun depan,” jelasnya.

Annuar berkata, hasrat Wilayah Persekutuan Putrajaya untuk menyertai saingan Liga Malaysia musim depan telah dimaklumkan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

“Di Putrajaya semuanya ada,  padang latihan skuad Harimau Malaya, ibu pejabat badan bola sepak Asia dan Asean tetapi Putrajaya tidak memiliki pasukan bola sepak.

“Saya dimaklumkan ada beberapa pasukan atas sebab-sebab tertentu  antaranya Felda United dan UKM FC bakal menarik diri dalam saingan musim depan.

“Jadi jika FAM memberikan kebenaran, kita kena cari jalan sendiri dari segi kewangan, bentuk bola sepak ini bukan mudah nak cari duit, kalaulah rakyat Putrajaya sokong dengan hasrat ini kita akan teruskan.

“Untuk beraksi musim depan perancangan pasukan perlu dilakukan sekurang-kurangnya dua bulan awal,” ujarnya.

Terdahulu, netizen khususunya peminat bola sepak heboh memperkatakan kewujudan sebuah kelab bola sepak baharu yang menggunakan nama Rakyat United dan ia telah menjadi topik perbualan hangat netizen dipelbagai platform media sosial.

Laman sosial Rakyat United telah memuat naik infografik berkenaan kelab itu yang sedang membuka permohonan untuk mana-mana pemain amatur atau profesional untuk menyertai kelab itu bagi Liga Super/Liga Premier, Piala Presiden dan Piala Belia lengkap dengan maklumat mengenai had umur serta lingkungan gaji yang ditawarkan.

Beberapa maklumat lain turut didedahkan seperti stadium dan pusat latihan rasmi pasukan adalah berpangkalan di Lembah Klang, serta tarikh tutup untuk menghantar permohanan adalah pada 6 November 2020.

 

 

 

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: