Antarabangsa Bola Sepak Semasa Terkini

Kedudukan Aguero masih belum pasti

Aguero diketepikan membarisi pasukan ekoran kecederaan dialaminya.

 

KONTRAK Sergio Aguero di Manchester City akan berakhir pada akhir musim ini. Pep Guardiola mengingatkan kepada Aguero supaya memperjuangkan kontrak barunya.

Aguero baru saja pulih dari cedera lutut yang memaksanya diketepikan selama empat bulan terakhir ini. Peledak asal Argentina itu diturunkan dalam kesebelasan utama ketika City melayan kunjungan Arsenal di Etihad, Sabtu lepas.

Aguero hanya bermain selama 65 minit dalam perlawanan itu dan tidak menjaringkan sebarang gol. Dia kemudian ditarik keluar dan digantikan oleh Ilkay Guendogan.

Dengan kontrak yang akan berakhir musim panas tahun depan, Guardiola mahu Aguero memberikan bukti jika dia layak untuk kekal bersama pasukan.

Guardiola kini menantikan sentuhan jaringan daripada pemain bola sepak berusia32 tahun itu.

“Sergio harus menunjukkan, seperti kami semua, bahawa dia boleh kekal di sini – terus bermain bagus, mencetak gol, dan menang. Setelah itu kelab dan saya akan memutuskan.

“Tapi jika dia bermain di levelnya, kami tidak ragu. Dia penting buat kami, untuk peminat, dan semua orang.”

“Tapi dia tersisih selama empat bulan dan dia harus mula berlatih seperti biasa dan mula mencari gol, itu adalah yang paling penting,” ujar Guardiola seperti dipetik Sky Sports.

Sergio Aguero sudah memperkuatkan City sejak 2011. Dia kini tercatat sebagai penjaring terbanyak sepanjang masa The Citizens dengan 254 gol.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: