Antarabangsa Bola Sepak Semasa

The Blues mengecewakan

Lampard ternyata kecewa dengan persembahan pasukannya hingga terpaksa berkongsi satu mata.

PENGURUS Chelsea, Frank Lampard, tidak dapat menyembunyikan rasa kecewa selepas pasukannya sekadar seri 3-3 dengan Southampton.

Lampard juga mengakui terkilan dengan prestasi anak buahnya untuk perlawanan kali ini.

Chelsea sempat mendahului dua gol melalui aksi penyerang, Timo Werner, masing-masing pada minit ke-15 dan 28. Namun Southampton membalas menerusi Danny Ings dan Che Adams di minit ke-43 dan 57.

Kai Havertz membawa Chelsea menjadi 3-2, namun Theo Walcott membuat The Blues berpuas hati dengan keputusan seri 3-3 setelah dia meledak gol pada penghujung permainan.

Chelsea sebenarnya tidak bermain buruk di bahagian depan. Timo Werner menunjukkan hasil kerja yang luar biasa dengan sumbangan dua gol dan satu assist. Namun, pertahanan Chelsea bermain buruk dan membuat kesalahan sendiri.

“Saya kecewa,” kata Frank Lampard selepas perlawanan yang dipetik dari Goal International.

“Para pemain juga (kecewa). Mereka akan merasakannya kerana babak pertama sama bagusnya dengan apa yang kami lakukan pada musim ini,” sambung pengurus 42 tahun.

Kai Havertz (kiri) dan Werner masing-masing meledak gol membanrtu pasukan meraih keputusan 3-3 menentang Southampton .

Frank Lampard menilai Chelsea telah beraksi cemerlang. Mereka juga mampu mencetak gol lewat melalui gaya permainan yang indah. Namun, ada satu detik pada babak pertama yang membuat segalanya sukar bagi The Blues.

“Ketika anda bolos sebelum rehat, anda tahu itu boleh mengubah rentak permainan. Lalu, kami mendahului lagi 3-2 dan bolos gol dari tendangan bebas,” kata Frank Lampard.

Chelsea menunjukkan prestasi yang tidak konsisten pada awal musim 2020/2021 ini. Dari lima saingan Liga Perdana Inggeris mereka baru dua kali menang. Seharusnya, kata Lampard, perlawanan menentang Soton wajib dimenangi.

“Ini mengecewakan, anda ingin memungut mata di halaman sendiri melawan pasukan seperti Southampton, tetapi lawan bermain baik,” ujarnya.

Chelsea kini bolos sembilan gol dan menghasilkan 12 gol cuma prestasi itu bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan kerana The Blues telah berbelanja besar bagi musim baharu ini

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: