Antarabangsa Bola Sepak Semasa

“Saya masih lapar”

Ibrahimovic membuktikan statusnya apabila meledak dua gol membantu kemenangan AC Milan ke atas Inter Milan.

BAGAIKAN melepas geram, Zlatan Ibrahimovic meledak dua gol untuk AC Milan menumpaskan Inter pada aksi Serie A di Giuseppe Meazza awal pagi tadi.

Zlatan yang bebas dari virus Covid-19 membuktikan dirinya masih berbisa dengan meletakkan Milan di carta teratas liga, menolak kedudukan Atalanta yang tewas 4-1 di Napoli

Manakala, juara bertahan Juventus, bermain tanpa Cristiano Ronaldo yang dikuarantin sekadar seri 1-1 dengan kelab baru dipromosikan, Crotone.

“Saya sangat lapar dan saya menunjukkannya. Mereka mengunci haiwan yang salah di rumah selama dua minggu.

“Mental tidak mudah untuk selalu berada di rumah dengan kadar tekanan yang sangat tinggi, badannya bergetar kerana mahu bekerja, ia mahu bermain.

“Saya sedikit kehilangan selera, tetapi tidak ada yang akan menghentikan saya bermain aksi derby.

“Derby ini sangat penting, AC Milan tidak menang selama empat tahun,” kata pemain veteran berusia 39 tahun itu.

Milan memenangi empat perlawanan pembukaan mereka untuk pertama kalinya sejak musim 1995-1996 ketika mereka memenangi gelaran liga di bawah kendalian Fabio Capello.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: