Antarabangsa Bola Sepak Semasa

Liverpool tanpa Van Dijk 8 bulan !!!!

Van Djik terpaksa dikeluarkan pada awal permainan selepas mengalami kecederaan.

KEM Liverpool resah apabila tonggak pemain pertahanan, Virgil Van Dijk mengalami kecederaan semasa pertemuan dengan Everton, semalam.

Van Dijk harus ditarik keluar pada awal babak pertama apabila mendapat terjahan kasar dari penjaga gawang Everton, Jordan Pickford.

Selepas pertandingan, jurulatih Liverpool, Juergen Klopp, mengatakan kecederaan yang dialami bek asal Belanda itu cukup serius.

Klopp juga belum memastikan adakah Virgil Van Dijk boleh kembali cergas dan pemain itu kini sedang dirawat.

“Saya tidak tahu apa cedera serius yang dialami Van Dijk. Saya tidak tahu, tetapi cedera itu pastinya tidak bagus. Van Dijk bermain untuk kami, saya tidak tahu berapa banyak pertandingan berturut-turut.

“Dia bermain dengan rasa sakit, dia bermain dengan hampir semua perlawanan, tetapi dia tidak boleh terus bermain. Itu tidak baik,” terang pengurus asal Jerman itu dalam laman rasmi kelab.

Pada aksi yang berlangsung di Goodison Park itu, kedua-dua pasukan berkongsi satu mata selepas perlawanan sebenar terikat 2-2.

Sementara itu, Van Dijk dikhabarkan mengalami kecederaan ligamen lutut atau Anterior Cruciate Ligament (ACL).

Van Dijk dijangka akan tersisih tujuh hingga lapan bulan akibat cedera tersebut.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: