Bola Sepak Terkini

Taraas tingkatkan motivasi dan keyakinan Kelantan FC


ZamSaham (tiga,kiri)  bersama barisan pemain import dan Yusri (kanan) menikmati percutian di The Taaras Beach & Spa Resorts Pulau Redang, Terengganu.

Oleh MOHD FARIQ

PEMILIK Kelantan FC, Norizam Tukiman telah membawa pasukannya menjalani persiapan awal sebelum bertanding di TM Piala Malaysia 2020 dengan membawa percutian di The Taaras Beach & Spa Resorts Pulau Redang, Terengganu semalam.

Jelas Norizam yang lebih dikenali sebagai ‘ZamSaham’, beliau percaya resorts yang dimiliki pengasas Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan itu adalah salah satu lokasi terbaik untuk mengembalikan motivasi dan keyakinan pasukannya.

Selain daripada itu, Norizam percaya barisan pemain skuad kendalian Yusri Che Lah berhak menikmati ganjaran ini selepas berjaya menduduki tangga keempat Liga Premier dengan meraih 18 mata sepanjang 11 perlawanan.

 

 

Justeru, Norizam mendedahkan The Taaras Beach & Spa Resorts adalah salah satu tempat terbaik bagi persiapan pasukan Kelantan sebelum memulakan kempen TM Piala Malaysia 2020.

“Saya memilih The Taaras Beach & Spa Resorts bukan semata-mata sebagai salah satu pulau tercantik di dunia tetapi lebih kepada untuk menaikkan kembali semangat barisan pemain Kelantan.

“Musim ini boleh dikatakan tahun sukar buat kami tetapi syukur Alhamdulillah Kelantan masih berjaya melayakkan diri ke TM Piala Malaysia 2020 selepas menduduki tangga keempat Liga Premier.

“Ini juga merupakan satu motivasi kepada pemain-pemain selepas apa yang terjadi berkenaan isu lama yang terpalit kepada pasukan Kelantan sebelum ini.

“Jadi, saya fikir pemain-pemain berhak untuk santai dan menikmati kejayaan mereka selepas bekerja keras tetapi dalam masa yang sama, saya mahu pemain sentiasa berada keadaan bersedia sebaik TM Piala Malaysia bermula nanti,” katanya kepada CakapSukan hari ini.

Sebagai rekod, undian TM Piala Malaysia akan berlangsung pada 1 November depan sebelum kempen kejohanan tertua di Asia Tenggara itu bermula pada 6, 7 dan 8 November depan.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: