Pelbagai Semasa Terkini

MKN beri kelonggaran buat pemain industri sukan

KERAJAAN membenarkan aktiviti sukan di gymnasium, padang bola sepak komersial dan pusat futsal di Kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) beropersi mulai 19 Oktober nanti.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mesyuarat sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini telah mendengar permohonan dan rayuan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berkenaan dengan aktiviti sukan di gimnasium, padang bola sepak komersial dan pusat futsal di kawasan PKPB.

“Memandangkan aktiviti di gimnasium dilaksanakan secara individu dengan penjarakan fizikal, maka sidang khas hari ini bersetuju untuk membenarkan gimnasium beroperasi seperti biasa dengan SOP ketat yang telah ditetapkan sebelum ini.

“Bagi aktiviti di padang bola sepak komersial dan pusat futsal kebenaran diberikan tetapi hanya bagi tujuan latihan sahaja dan  terhad kepada 10 orang peserta pada satu-satu masa.

“Kebenaran ini akan berkuat kuasa bermula 19 Oktober 2020 dan SOP selanjutnya akan diumumkan oleh KBS dalam masa terdekat,” jelasnya.

Sebelum ini pada 13 Oktober lalu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mengeluarkan SOP aktiviti sukan khususnya di kawasan yang terlibat PKPB iaitu di Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Keputusan ini telah menyebabkan sebahagian pemain industri aktiviti sukan di gymnasium, padang bola sepak komersial dan pusat futsal terjejas.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: