Antarabangsa Bola Sepak Semasa

Pogba kekal di United hingga 2020

PAUL Pogba akan kekal bersama pasukan Manchester United sehingga tahun 2022.

Ia sejurus kelab yang berpangkalan di Old Trafford itu menawarkan pilihan lanjutan setahun lagi kepadak Pogba.

Sebelum ini timbul spekulasi pemain tengah Perancis meninggalkan United apabila mengakui masih berminat beraksi bersama Real Madrid.

Namun begitu, United pantas melalui gerak kerja apabila berjaya memastikan Pogba kekal sekurang-kurangnya sehingga hujung musim depan.

Untuk rekod, Pogba kembali menyertai United dari Juventus menerusi rekod perpindahan dunia pada 2016.

Tetapi, prestasinya tidak konsisten dan bergelut dengan kecederaan sepanjang beraksi di Liga Perdana Inggeris serta hanya melakukan 22 penampilan pada musim lalu.

Dalam perkembangan berkaitan, juara liga 20 kali itu masih berteka-teki isu kontrak pengurus, Ole Gunnar Solskjaer.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: