Antarabangsa Bola Sepak

Ronaldo bidas kenyataan tidak benar


“SAYA tidak pernah melanggar protokol”.

Itu kenyataan balas bintang Juventus, Cristiano Ronaldo selepas dikatakan melanggar protokol negara Itali berhubung isu Covid-19.

Ronaldo disahkan positif ketika bersama pasukan kebangsaan Portugal bagi saingan Liga Negara-Negara.

Penggempur Juventus itu kini sedang menjalani tempoh pengasingan di kediamannya dekat Turin selepas pulang dari Portugal.

Jelas Ronaldo, dia tidak akan menyebut nama individu itu selain menyatakan pendirian berita itu adalah tidak benar.

“Saya terus menjalani kuarantin secara bersendirian,” katanya menerusi Instagram.

Menteri Sukan Itali, Vincenzo Spadafora mendakwa Ronaldo mungkin telah melanggar protokol kesihatan dengan melakukan perjalanan ke Portugal untuk tugasan antarabangsa.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading