Antarabangsa Bola Sepak Semasa

Sumareh sertai pasukan jalani latihan

Sumareh (kiri) bersama Dominic Tan menjalani latihan pasukan. (Foto : FB PoliceTero Official)

 

PEMAIN naturalisasi negara, Mohamadou Sumareh yang menyertai kelab Police Tero FC, Thailand mula menjalani latihan bersama rakan sepasukan.

Menerusi laman facebook kelab berkenaan, Sumareh dilihat begitu ceria turun menjalani latihan bersama rakan buat kali pertama.

Turut kelihatan menjalani latihan bersama Sumareh ialah Dominac Tan yang terlebih dahulu menyarung jersi kelab berkenaan.

Bekas pemain Pahang itu sebelum ini telah tiba lebih awal di Thailand namun terpaksa menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari yang diwajibkan oleh kerajaan Thailand dan ia berakhir semalam.

Terdahulu, pemain yang turut dikaitan dengan penghijrahan bersama Selangor sebelum ini menerusi laman Instagram Story miliknya, memuat naik gambar yang menunjukkan beliau sedang menjalani latihan ringan sambil dengan caption “hari terakhir kuarantin”.

Sumareh mula menjalani latihan ringan sejak 6 Oktober lalu, tepat seminggu setelah beliau tiba di Thailand selepas melengkapkan perpindahan ke Police Tero.

Sekiranya semua berjalan lancar, Sumareh mungkin diturunkan pada perlawanan menentang PT Prachuap pada 17 Oktober disusuli dengan aksi menentang Muangthong United pada 25 Oktober.

Dalam carta Thai League 1 ketika ini, Police menduduki tangga ke-8 dengan kutipan 11 mata selepas beraksi tujuh perlawanan liga.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: