Antarabangsa Bola Sepak Semasa

Fernandes, Solskjaer tiada konflik !

ADA sahaja khabar angin mengganggu kem Manchester United dalam minggu ini.

Kononnya, ada konflik dalaman antara Bruno Fernandes dengan pengurus pasukan, Ole Gunnar Solskjaer.

Menurut khabar angin tersebut, Bruno begitu kecewa selepas Manchester United dilanyak Tottenham 1-6. Dia kemudian meragui kualiti Solskjaer sebagai jurulatih khususnya setelah pergerakan perpindahan yang perlahan.

Tentunya konflik ini boleh mencetuskan perkara kecil menjadi besar. Kini, sudah timbul gosip pemecatan Solskjaer.

Namun, peminat The Red Devils boleh menghela nafas lega apabila perkembangan ini dipastikan tidak benar oleh wartawan popular bola sepak Eropah, Fabrizio Romano.

Menurut Romano, khabar angin konflik Solskjaer dan Fernandes ini muncul kerana keputusan buruk Manchester United di padang.

“Gosip ini begitu kuat. Situasinya rumit ketika anda kalah besar kepada Tottenham, itu sungguh buruk.

“Khabar angin seperti ini mempengaruhi pemain top dalam pasukan anda. Ada isu Bruno Fernandes dan Rashford dan ada begitu banyak lagi khabar angin,” kata Romano dipetik dari Express.

Romano mengulangi bahawa konflik itu tidak benar dan percaya Manchester United akan segera menyelesaikannya.

Jelasnya lagi, bintang Portugal itu adalah seorang pemain yang hanya fokus kepada aksi di padang, dan tidak mungkin menimbulkan masalah dengan jurulatih.

“Memang betul United sekarang ada saat sukar dalam dan luar padang.

“Namun, Bruno tidak akan membuat sebarang masalah. Dia bahagia, dia fokus, dia ingin menang,” ujarnya.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: