Bola Sepak Semasa Terkini

Saya masih sayang KFA

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

“Peletakan jawatan saya akan berkuatkuasa pada 15 Oktober namun Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) telah menolak hasrat itu. Ada pihak yang datang meminta saya mempertimbangkan hasrat meletak jawatan.

“Saya belum membuat keputusan sama ada berundur ataupun kekal. Kita tunggu tengok esok macam mana. Sebagai orang Kedah, saya akui tetap sayangkan pasukan Lang Merah,” kata Presiden KFA, Muhammad Sanusi Md Nor.

Jelas Menteri Besar Kedah itu, beliau masih menyayangi persatuan tersebut dan bersedia untuk mempertimbangkan permintaan yang mahunya terus kekal.

Dalam pada itu, Muhammad Sanusi juga memberikan kredit kepada seluruh pemain Kedah yang beraksi pada momentum terbaik sehingga muncul Naib Juara Liga Super 2020 walaupun dibebani masalah hutang.

“Saya tabik pemain Lang Merah, yang mana isu masalah hutang tidak bayar tidak menjejaskan pemain di padang dan mereka bersikap profesional dengan bermain dengan sangat baik.

“Menjelang peletakan jawatan saya, saya akan selesaikan hutang RM14 juta ditanggung KFA. Malah, saya telah mendapatkan RM6.7 juta dan baki selebihnya diyakini mampu diselesaikan esok,”katanya.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: