Pelbagai Semasa Terkini

KBS fahami keresahan pemain industri sukan Indoor

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) memahami keresahan pemain industri sukan yang terkesan akibat arahan terkini pihak Kerajaan ekoran penguatkuasaan PKPB khususnya di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merecan berkata, larangan aktiviti sukan dalam dewan (indoor) ini hanyalah bersifat sementara.

“Walau bagaimanapun, pihak Kerajaan telah membenarkan aktiviti sukan dan rekreasi yang tidak melibatkan kontak fizikal boleh dijalankan secara individu dan di tempat terbuka terhad kepada maksimum 10 orang pada satu-satu masa.

“Langkah-langkah larangan aktiviti sukan kontak dan sukan berpasukan seperti bola sepak, futsal dan lain-lain sukan yang dimainkan di dalam dewan tertutup (indoor) di kawasan PKPB perlu dilaksanakan atas arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” jelasnya menerusi siaran media yang dikeluarkan KBS, sebentar tadi.

Beliau berkata, keputusan ini dibuat atas dasar kesihatan dan kepentingan awam buat sementara waktu untuk kita sama-sama membantu negara bagi memutuskan rantaian penularan pandemic COVID-19 ini.

“Insya Allah, selaku Menteri Belia dan Sukan, saya memberi jaminan bahawa KBS komited dalam usaha membantu industri sukan dengan kerjasama dan panduan MKN dan KKM agar aktiviti sukan dan rekreasi dapat dibuka semula seperti mana di dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sebaik sahaja berakhirnya tempoh PKPB,” tegasnya.

 

 

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: