
PERTEMBUNGAN derby Merseyside melibatkan Everton dan Liverpool di Goodison Park pada Sabtu pasti sengit.
Di atas kertas, Everton menjadi pilihan pada aksi setempat minggu ini. Selain berstatus tuan rumah, skuad asuhan Carlo Ancelotti itu tampil menakjubkan dan melakar rekod kemenangan 100 peratus.
Berbanding Liverpool, mereka berkunjung ke Goodison Park dengan rekod di belasah teruk 7-2 kepada Aston Villa.
Kerapuhan barisan pertahanan The Reds, terutama penampilan di bawah par Joe Gomez dan Adrian San Miguel harus segera dinilai Jurgen Klopp.

Ia seperti saranan bekas pemain kelab itu, Danny Murphy yang mahu Klopp meletakkan Fabinho sebagai rakan gandingan kepada Virgil van Dijk di posisi bek tengah.
“Saya tak tahu karakter Gomez dari luar, tapi saya mengatakan lebih baik buat Liverpool menggandingkan Fabinho dengan Virgil van Dijk pada aksi di Everton nanti. Klopp masih punyai banyak pilihan untuk memperkuatkan barisan tengahnya.
“Bahagian bek tengah sangat penting khususnya buat Liverpool saat ini, kerana kekuatan terbesar Everton adalah trio bahagian serangannya. Dominic Calvert-Lewin selalu meledak gol setiap kali diturunkan,” demikian saranan Murphy kepada Klopp menjelang derby Merseyside seperti dipetik dari Sportskeeda.
Paling menarik, kedua-dua kelab asal Merseyside itu menerajui kelompok atas Liga Perdana Inggeris ketika ini.
Everton kukuh di puncak dengan 12 mata dari empat kemenangan, sementara Liverpool di posisi kelima dengan sembilan mata.





Add Comment