Lain-Lain Semasa

MPM sokong keputusan KBS


MAJLIS Paralimpik Malaysia (MPM) selaku badan utama sukan Para di negara ini menyokong penuh keputusan untuk program latihan berpusat buat atlet negara diteruskan secara tertutup dan terkawal (Quarantine Based Approach) sepanjang perlaksanaan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Presidenya, Dato Megat D Shahriman Zaharudin berkata, semua atlet negara yang mengikuti sesi latihan akan ditempatkan di asrama Majlis Sukan Negara (MSN) perlu mematuhi setiap garis panduan serta arahan yang dikeluarkan MSN sepanjang tempoh PKPB.

“Para atlet juga tidak dibenarkan berinteraksi atau mempunyai sebarang kontak dengan mana-mana individu di luar sana kerana ia antara langkah mencegah atlet daripada terkena jangkitan Covid-19.

“MPM dimaklumkan MSN akan mengurangkan jumlah kakitangan dalam kawasan latihan berpusat ini sepanjang tempoh latihan tersebut sama seperti dilaksanakan ketika PKP.

“Program latihan berpusat secara tertutup dan terkawal (Quarantine Based Approach) merupakan perancangan SOP terbaik untuk atlet meneruskan latihan secara terkawal bagi tempoh satu atau dua tahun ini,” ujarnya pada sidang media hari ini.

Megat D Shahriman turut memaklumkan , Quarantine Based Approach ini adalah strategi fasa pertama daripada semua agensi terlibat untuk membolehkan latihan atlet negara diteruskan seperti biasa sebelum kita dapat menilai apalagi SOP yang lebih baik untuk masa akan datang.

“Setiap negara mempunyai pendekatan masing-masing dalam menetapkan SOP bagi menangani penularan Covid-19 sebagai contoh di Jerman dan Jepun di mana kami telah  dimaklumkan mereka menggunakan pendekatan berbeza, namun yang demikian kita tidak boleh sewenang-wenangnya mengubah SOP dan meniru konsep negara tersebut kerana di negara ini kita turut mempunyai cara tersendiri.

“Diharapkan para atlet dapat mengekalkan kecergasan pada tahap optimum sepanjang tempoh tersebut walaupun terdapat kekangan dari segi latihan. Hal ini kerana aktiviti bersentuhan fizikal dan aktiviti perlawanan bagi sukan berpasukan tidak dibenarkan.

“Sekiranya terjadi situasi atlet mendapat kebenaran meneruskan latihan secara bersendirian, pihak MPM ingin mengingatkan kepada atlet-atlet ini supaya sentiasa memberi kerjasama kepada MSN serta jurulatih dengan memberi laporan latihan serta memaklumkan pergerakan mereka,” tegasnya.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: