Bola Sepak Semasa

MFL belum terima surat rasmi FUFC

Abd Ghani memaklumkan FUFC akan menyertai saingan Piala Malaysia 2020.

SUBKHI SUDARJI

LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) masih belum menerima sebarang surat rasmi dari Kelab Bola Sepak Felda United (FUFC) mengenai hasrat pasukan ingin menarik diri dalam saingan Liga Malaysia 2021.

Ketua Pegawai Eksekutif (MFL), Dato’ Ab Ghani Hassan berkata, MFL masih menunggu surat rasmi mengenai tindakan FUFC yang ingin menarik diri musim depan.

“Apa yang boleh saya bagitahu setakat ini kami tidak menerima permohonan mahupun makluman rasmi dari The Fighters.

“FUFC masih lagi terlibat dalam saingan Piala Malaysia musim ini untuk bersama –sama 15 pasukan lain memburu kejuaraan.

“Bagi kita sudah pasti ia satu kerugian besar, bayangkan pasukan bola sepak yang sudah hampir 13 tahun tiba-tiba lenyap begitu sahaja,” jelasnya.

Minggu lalu, saingan liga tempatan dikejutkan dengan tindakan FUFC yang memaklumkan penarikan diri untuk saingan Liga Malaysia musim depan.

Menerusi kenyataan media yang disiarkan Unit Komunikasi Korporat hari ini,  keputusan ini telah dipersetujui menerusi Mesyuarat Lembaga FELDA dan tujuan utama pengambilalihan oleh FELDA adalah bagi mengawal perbelanjaan serta memastikan penyelarasan program-program sukan yang dirancang serta dilaksanakan lebih patuh kepada garis panduan pengurusan pentadbiran, prosedur perolehan, pengurusan kewangan serta penilaian risiko.

“FELDA juga ingin memaklumkan bahawa penglibatan FUFC dalam perlawanan bola sepak adalah sehingga musim 2020 sahaja. Mulai tahun 2021, FUFC tidak akan lagi menyertai Liga Super Malaysia dan Liga Premier Malaysia.

“16 orang kakitangan FUFC akan dibayar pampasan penamatan perkhidmatan mengikut syarat-syarat pelantikan yang telah dipersetujui oleh pengurusan FUFC. Notis makluman serahan tugas telah diberikan pada 17 September 2020 kepada kakitangan yang terlibat,” jelas kenyataan media terbabit.

FUFC tarik diri Liga M musim depan

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: