Antarabangsa Bola Sepak Semasa

Juventus diberi kemenangan 3-0

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  


JAWATANKUASA Disiplin Serie A secara rasmi memberikan kemenangan 3-0 kepada Juventus kerana pasukan lawan, Napoli gagal menghadiri pertandingan yang sudah dijadualkan.

Seperti diketahui, skuad Juventus memilih untuk tetap berkunjung ke stadium untuk pertemuan Serie A pada 5 Oktober lalu

Lapor Football Italia, pertandingan tak boleh diadakan apabila skuad Napoli memutuskan untuk tidak berangkat ke Turin kerana dua pemain mereka diuji positif Covid-19.

Juventus memberikan alasan bahawa pihak pengelola pertandingan telah memutuskan untuk mengadakan perlawanan walaupun I Partenopei mengaku tidak mendapat keizinan dari pihak berkuasa kesihatan setempat untuk terbang ke Turin.

Selain itu, Napoli turut dihukum penolakan satu mata atas kesalahan tidak menghadiri pertandingan dan gagal mematuhi protokol yang sudah ditetapkan.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: