Bola Sepak Terkini

Aidil Shahrin menanti jawapan KFA


Status Aidil Shahrin (kiri) selaku ketua jurulatih Kedah musim depan masih samar walaupun prestasinya begitu cemerlang bersama pasukan.

KEDUDUKAN pengendali Kedah, Aidil Shahrin Sahak sama ada akan terus membimbing Lang Merah atau sebaliknya akan diketahui dalam tempoh masa sebulan selepas perbincangan secara mendalam diadakan dengan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

Jelas Aidil Shahrin, hati dan perasaannya kita sudah semestinya bersama Kedah namun belum ada kepastian yang disuarakan KFA mengenai statusnya.

“Saya akan jumpa dan berbincang dengan KFA untuk mengetahui lebih mendalam apa peranan dan visi persatuan dalm tempoh dua tahun akan datang. Sebagai jurulatih sudah pasti ini penting buat saya dan persatuan.

“Selaku jurulatih muda saya inginkan persatuan yang memiliki visi dan misi serta membantu saya, dalam bola sepak sebagai jurulatih jika kamu melakukan tugas dengan baik sudah pasti ramai pasukan yang mahukannya dan begitu juga sebaliknya.

“95 peratus hati saya bersama Kedah, saya sukakan penyokong Kedah, suasana dan kehidupan disini,” jelasnya pada sidang media selepas perlawanan malam tadi.

Sehingga kini masih belum ada kata putus secara rasmi dibuat KFA mengenai kontrak pengendali kelahiran Singapura ini yang bakal menamatkan kontrak bersama Lang Merah hujung musim ini.

Dikhabarkan Aidil Shahrin yang memastikan Kedah menjulang Piala FA 2019 dan beraksi di pentas kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim lalu dan kali ini berjaya membimbing Kedah mengakhiri saingan di kedudukan Naib Juara Liga Super 2020 yang secara automatik layak beraksi di AFC 2021 turut diintai Perak bagi musim hadapan.

Kedah meraih tiga mata penuh menewaskan Perak, 3-2 pada aksi terakhir Liga Super malam tadi.Mengulas aksi anak didiknya ketika berdepan Perak yang berkesudahan kemenangan 3-2, Aidil Shahrin melihat barisan pemainnya bukan hadir sekadar untuk mencapai keputusan seri tetapi tiga mata tetap menjadi buruan.

“Sebelum beraksi kami memiliki kelebihan satu mata dengan Perak, apa yang saya lihat bermain membuktikan kesungguhan meraka untuk menamatkan saingan Liga Super selaku naib juara. Mereka telah membuktikan.

“Kami mendahului lawan sebelum mereka menyamakan kedudukan. Semasa dalam bilik persalinan saya menerangkan inilah masanya untuk mereka memberikan segala-galanya yang ada pada baki 45 minit terakhir.

“Ternyata pemain cukup berdisiplin dan gol ketiga dijaringkan Renan Alves memberikan lebih keyakinan untuk mengawal permainan dan memberikan tekanan kepada lawan.

“Terima kasih kepada Presiden KFA, pengurusan, ahli keluarga pemain yang sama-sama berjuang memberikan sokongan tanpa berbelah bahagi sehinggalah Kedah mencapai kejayaan,” tegasnya.

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d