
KELAB mewah Liga Perdana Inggeris, Manchester City, dikhabarkan sedia melepaskan Sergio Aguero bagi memberi laluan kepada Lionel Messi berpindah ke Etihad musim depan.
Aguero sudah bersama Manchester City sejak tahun 2011 dan dia telah menghasilkan ratusan gol.
Banyak gelaran juga sudah diberikan pemain asal Argentina itu kepada City. Namun sekarang ini, dia berada dalam tahun terakhir kontraknya di Etihad.
Sayangnya, Aguero kini juga jarang diturunkan Josep Guardiola. Ia gara-gara faktor kecederaan yang dialami sejak kebelakangan ini.
Sebelum ini, Manchester City kerap dikaitkan dengan Lionel Messi. Gosip itu seakan bakal menjadi kenyataan setelah Messi menyatakan mahu berhijrah dari Barcelona pada musim panas.
Laporan Mirror mendedahkan, City sanggup menjual Sergio Aguero demi menyediakan tempat bagi Messi.
Laporan itu juga menyebut bahawa ini menjadi khabar gembira untuk kem Inter Milan, kerana kelab Serie A itu sedang memburu Aguero.
Bagaimanapun, ada laporan menyebut City sebenarnya tidak punyai dana untuk merekrut Messi. Akan tetapi, Ketua Pegawai Operasi, Omar Berrada membidasnya.
Aguero sudah lama tidak bermain untuk Manchester City sejak bulan Jun lalu akibat cedera lutut. Sementara itu Lionel Messi masih menjadi pilihan utama Barcelona, akan tetapi ketajamannya sedikit menurun pada musim ini.
Add Comment