Antarabangsa Bola Sepak

City masih idamkan Messi


The Citizen masih tetap berminat mendapatkan Messi pada jendela perpindahan akan datang.

LIONEL Messi tidak jadi meninggalkan Barcelona pada musim panas ini. Meskipun begitu, Manchester City masih belum melupakan bintang Argentina tersebut.

Messi menggemparkan dunia bola sepak beberapa minggu sebelum ini. Pemain berusia 33 tahun itu meluahkan keinginannya untuk keluar dari Camp Nou.

Ada banyak kelab ternama Eropah yang kemudian dikaitkan dengan Messi. Namun, Manchester City disebut-sebut sebagai pilihan utama untuk merekrut La Pulga.

Messi dikabarkan ingin kembali melakukan perjumpaan semula dengan Josep Guardiola di Etihad. Akan tetapi, perpindahan itu tidak terjadi.

Messi memutuskan untuk kekal di Barcelona. La Pulga akan menghabiskan baki kontraknya di Barcelona yang berakhir pada Jun 2021.

Keinginan City untuk mendapatkan Messi pada musim panas ini terpaksa bertepuk sebelah tangan.

Namun, Pengarah Operasi City, Omar Berrada memberikan jaminan bahawa The Citizens tidak melupakan penyerang Barcelona tersebut.

“Jika Messi meninggalkan Barcelona dan perpindahan terbuka untuk rundingan, maka kami akan segera menjejaki opsyen itu,”
kata Berrada kepada Athletic.

Messi boleh meninggalkan Barcelona secara percuma pada tahun depan. Berrada juga mengakui bahawa mereka akan mempertimbangkan untuk merekrutnya pada musim panas nanti.

“Kalau jadi sebarang kemungkinan, pasti akan kami pertimbangkan. Dia jelas pemain terbaik di dunia, jadi saya fikir kelab mana pun akan gembira memiliki Messi dalam pasukan mereka, tapi itu tidak berlaku,” katanya lagi.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading