Antarabangsa Bola Sepak Semasa

Pulisic ada misi

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Pulisic tekad membantu The Blues meraih gelaran kejuaraan musim ini.

 

SATU azam membara diungkapkan Christian Pulisic. Pemain Chelsea itu bertekad untuk membantu The Blues meraih juara pada musim ini.

Chelsea gagal meraih sebarang juara pada musim pertama Frank Lampard di Stamford Bridge. Meskipum begitu, The Blues berjaya menamatkan di posisi empat dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Chelsea kemudian berbelanja sakan pada bursa perpindahan musim panas ini. Kelab asal London tersebut melakukan belanja pemain secara besar-besaran.

Mereka membawa masuk pemain-pemain seperti Edouard Mendy, Ben Chilwell, Kai Havertz, Hakim Ziyech sehingga Timo Werner. Kehadiran para pemain baru itu diharapkan boleh meningkatkan prestasi Chelsea.

“Chelsea adalah kelab dengan penuh sejarah yang selalu ingin bersaing dan memenangi gelaran.

“Matlamat kami adalah mengakhiri di kedudukan tertinggi di Liga Perdana Inggeris dan memenangi setiap trofi yang dipertandingkan termasuk Liga Juara-Juara.

“Kami memiliki sekelompok pemain hebat, kami akan bersaing, dan kami lapar untuk memenangi gelaran,” kata Pulisic kepada CBS Sport.

Jelas Pulisic, memenangi Liga Perdana Inggeris adalah sasaran yang realistik untuk Chelsea. Pulisic menegaskan bahawa pasukannya sedia bersaing dengan pencabar lainnya.

“Ia dah tentu. Kenapa tidak? Tepat di tempat yang kami inginkan.

“Saya fikir itu realistik, dan kami akan bekerja keras untuk mendapatkan trofi itu,” ujarnya.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: