Antarabangsa Bola Sepak Semasa

United tidak hargai Sancho ?

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

JADON Sancho dipercayai berasa kecewa dengan sikap Manchester United di bursa perpindahan kelmarin. Bukan kerana gagal berpindah, lebih kepada kesungguhan kelab England itu yang tidak serius.

Gosip perpindahan Sancho ke United ini sudah lama tersebar. Sayap muda asal Inggeris ini merupakan sasaran utama Ole Gunnar Solskjaer sejak tahun lalu.

Namun, harga tinggi yang diletakkan Borussia Dortmund menjadi halangan utama. The Red Devils tidak mahu membayar 120 juta euro yang ditentukan Dortmund, lebih-lebih lagi situasi sukar pandemik Covid-19 seperti ini.

Itu kata pakar penganalis Liga Perdana Inggeris, David Ornstein.

Sejak awal gosip perpindahan ke United hangat diperkatakan, Sancho tidak banyak bercakap. Khabarnya dia ingin menghargai Dortmund, tapi bukan bermaksud tidak tertarik datang ke Old Trafford.

Sebaliknya, Ornstein mendakwa bahawa Sancho benar-benar bersemangat menyambut kemungkinan perpindahan tersebut.

“Di tengah situasi ini, Jadon Sancho menyambut baik sahaja hajat berpindah ke United dan dia dengan senang hati melakukannya jika tercapai kesepakatan.

“Dia bertukar pesanan dengan Marcus Rashford untuk mengutarakan semangatnya terhadap kemungkinan itu.

“Namun, pada saat yang sama dia memberitahu rakan sepasukannya di skuad kebangsaan England agar kekal tenang dengan apa yang berlaku,” ujar Ornstein kepada The Athletic via Express.

Sayangnya, semangat Sancho sekadar bertepuk sebelah tangan. United tidak serius dan tidak pernah mengajukan tawaran konkrit.

Menurut Ornstein, sikap United inilah yang membuat Sancho kecewa besar, bukan disebabkan gagal berpindah.

“Saya kira dia berasa sedikit kurang dihargai oleh United dalam beberapa minggu terakhir.

“Sebab United tidak bersungguh-sungguh untuk memuktamadkan perpindahan ini,” katanya.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: