Antarabangsa Bola Sepak Semasa

Bale ancaman baharu Suprs

GARETH Bale belum lagi bermain untuk Tottenham Hotspur musim ini, tapi keyakinannya begitu tinggi melihat pasukan diwakilinya itu meraih gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL).

Bale diyakini mampu membantu Spurs meraih trofi musim ini.

Apa tidaknya, kedatangan Bale akan membuat Spurs semakin berbahaya. Jose Mourinho sudah memiliki Son Heung-Min dan Harry Kane, kehadiran Bale akan membuat skuadnya kian sempurna.

Bale juga sudah mengenali aksi EPL dengan baik, kerana dia adalah bekas pemain Spurs.

Menurut ejen Bale, Jonathan Barnett, Bale sudah lama tidak bermain di Real Madrid, dan perpindahan ke Spurs boleh dilihat sebagai usaha memperbaiki karier.

Walaubagaimanapun, dia yakin Bale datang ke Spurs untuk menjadi juara.

“Menjuarai EPL, sangat jelas. Tottenham sudah punyai skuad bagus, jurulatih hebat, dan dengan kedatangan Gareth, saya yakin mereka akan bersaing sengit.

“Anda hanya perlu melihat keputusan pertandingan akhir minggu lalu untuk memahami bahawa persaingan musim ini masih terbuka,” katanya kepads Sky Sports.

Dia yakin Bale akan memberikan sentuhan berbisa untuk skuad Spurs meraih trofi.

Namun, itu bukan bererti kejayaan Bale akan diukur oleh trofi, sebab menurutnya Bale sudah terbukti dalam soal menjadi juara.

“Dia tidak perlu membuktikan apapun kepada sesiapa. Dia telah banyak menjadi juara dan pernah jadi salah satu dari tiga atau empat pemain terbaik di dunia dan saya lihat dia masih begitu.

“Dia pernah melakukannya dan mencapai kejayaan. Saya yakin dia akan berjaya (dengan Spurs),” katanya.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: