Antarabangsa Bola Sepak Semasa

Safawi tidak sabar beraksi

PENYERANG skuad kebangsaan, Safawi Rasid yang diperkenalkan secara rasmi kepada para media sebagai pemain baharu kelab dari liga Portugal iaitu Portimonense S.C. mahu membuktikan kehadirannya memberikan impak buat pasukan dalam mengharungi saingan liga.

Ujar pemain kelahiran Dungun Terengganu ini, mengakui ramai pemain sedia ada dalam pasukan yang memiliki kualiti namun bersedia membuktikan kemampuan berdasarkan pengalaman dan pencapaian.

“Sebagai pemain saya mahu segera beraksi dan pastikan kehadiran memberikan impak buat kelab. Ramai pemain berkualiti dalam pasukan.

“Saya akan lakukan dan berikan segalanya buat pasukan dan sudah tidak sabar untuk beraksi,” jelasnya dipetik dalam laman web Portimonense S.C  pada sidang media awal pagi tadi waktu Malaysia.

Pemain prolifik Harimau Selatan ini akan memakai jersi bernombor 29 dan dijangka beraksi di posisi sayap kanan sekaligus menjadi pemain kedua dari Malaysia yang beraksi di Portugal selain Nazmi Faiz (Beira Mar).

Liga Primera Portugal baru sahaja memulakan musim 2020/21 dan Portimonense kini menghuni kedudukan ke-16 liga selepas 3 perlawanan. Kelab tersebut juga belum mencatat sebarang kemenangan setakat ini.

https://www.facebook.com/watch/?v=1516861238520472

 

 

 

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: