Antarabangsa Bola Sepak Semasa

Pochettino bakal ganti Solskjaer ?

Berbatov mengakui posisi Solskjaer tidak lagi selamat.

MUSIM Liga Perdana Inggeris baru sahaja bermula, tapi kem Manchester United sudah dilanda perkhabaran yang tidak menyenangkan hati.

Bermula dengan sendu mengenai rekrut pemain baharu dan terkini kedudukan Ole Gunnar Solskjaer sebagai pengurus juga semakin tergugat.

Apa tidaknya, prestasi The Red Devils musim ini jauh merosot berbanding akhir musim lalu. Solskjaer sempat membawa pasukannya berkembang pesat era pasca-pandemik dan satu ketika berada dalam kelompok empat terbaik liga.

Kini persembahan United mula perlahan dan awan gelap yang sama mulai kelihatan, mirip situasi serupa dengan Jose Mourinho dan bekas jurulatih sebelum ini.

Bekas penyerang United, Dimitar Berbatov, pun mengakui bahawa saat ini posisi Solskjaer tidak lagi selamat.

“Ole Gunnar Solkjaer terus diserang pelbagai kritikan sejak kebelakangan ini, saya boleh memahami mengapa banyak yang bertaruh dia mungkin dipecat, khususnya jika United terus berada pada kedudukan seperti ini.

“Tekanan kepadanya akan semakin besar dan jika mereka terus gagal meraih mata, pada akhirnya harus ada tindakan yang diambil.

“Saya percaya kondisinya masih baik untuk memikul posisi itu sekarang, dan kita lihat saja apa yang terjadi,” kata Berbatov kepada Betfair.

Andai kemungkinan terburuk ini terjadi, dan Solskjaer dipecat, Berbatov sudah punyai satu calon yang menurutnya layak sebagai pengganti.

Individu yang dimaksudkannya adalah Mauricio Pochettino. Dia yakin Pochettino pun tidak akan menolak jika dihampiri United.

“Menurut saya, luar biasa jika jurulatih terbaik Mauricio Pochettino masih menganggur. Bagi saya dia adalah salah satu pengurus terbaik di dunia bola sepak bola,” ujar Berbatov.

Meskipun menyokong Pochettino, Berbatov tidak mahu berlebihan dalam soal ini. Dia sedar pengurus manapun akan berdepan kesulitan melatih United sekarang.

“Pochettino mungkin boleh jadi ‘the man’ , tapi pada tahap tertentu, mereka semua pernah jadi ‘the man’, entah Moyes, Van Gaal, Mourinho, mereka pernah menjadi penyelamat,” katanya.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: