Bola Sepak Terkini

Prestasi pemain N9 mengecewakan


Skuad bimbingan Sazali kini menghuni tangga ke lapan saingan Liga Premier.

MENGHUNI tangga ke lapan dengan mencatatkan tiga kemenangan, dua seri dan lima kekalahan memperlihatkan prestasi Negeri Sembilan dalam saingan Liga Premier  agak mengecewakan walaupun pelbagai program latihan telah dijalankan.

Situasi semasa ini diakui Pengurus Pasukan,  Abdul Razak Mohd Idrus yang tidak berpuas hati dengan prestasi pasukan Negeri Sembilan bagi musim ini.

Ujarnya, prestasi pasukan tidak konsisten dan ini telah terbukti dengan jelas bahawa pasukan tidak pernah menang 2 kali berturut-turut pada musim ini walaupun pelbagai program latihan telah dilakukan oleh Ketua Jurulatih, Sazali Saidun.

“Beberapa pemain terutamanya pemain import, walaupun 90 peratus pemain dikekal pada musim ini tetapi pasukan tidak memanfaatkan peluang yang ada dan sering hilang fokus di dalam perlawanan menyebabkan pasukan mudah dibolosi sehingga mendapat perbezaan jaringan -7.

Abdul Razak Mohd Idrus

“Sebenarnya saya masih kecewa dengan keputusan perlawanan kita semasa bertemu Kuching FA yang menyebabkan kita tewas di tempat sendiri walhal sebelum ini kita menang 2 perlawanan Tuan Rumah selepas saingan Liga Malaysia bermula 26 Ogos lalu.

“Walau bagaimanapun, saya berharap agar pasukan dapat bekerja keras dan kekal fokus untuk perlawanan terakhir Liga Premier menentang Sarawak United agar kita dapat melayakkan diri ke Piala Malaysia 2020 atau saya terpaksa menyerahkan kepada pihak pengurusan untuk tindakan selanjutnya.

Negeri Sembilan akan menetang Pasukan Sarawak United pada hari Jumaat di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d