PENYERANG Uruguay, Edinson Cavani mengakui sangat bangga apabila boleh menyarung jersi nombor 7 di kelab barunya, Manchester United.
Pada hari penutupan jendela perpindahan musim panas kemarin, Manchester United mengumumkan mendapatkan khidmat Edinson Cavani secara percuma.
Pemain 33 tahun itu mendapat kontrak selama satu tahun dengan opsyen lanjutan satu tahun. Cavani dipercayai mendapat bayaran sehingga 11 juta euro per musim.
Di Manchester United, Cavani akan memakai jersi nombor 7 yang sebelum itu pernah disarung oleh para pemain legenda The Red Devils seperti Eric Cantona hingga Cristiano Ronaldo.
“Luar biasa dan bangga boleh memakai jersi nombor 7 di Manchester United.
“Sekarang saya akan melaksanakan tanggungjawab ini, melakukan yang terbaik dan menikmatinya. Saya berharap boleh tampil lebih baik bersama Manchester United.
“Saya memiliki dua tahun kontrak dengan Manchester United. Saya ingin memberikan segalanya di sini. Saya berasa baik,” ujar Cavani kepada ESPN Argentina.
Sebelum ini, Cavani mendedahkan bahawa dirinya sempat positif dijangkiti virus Covid-19. Cavani bahkan sempat mempertimbangkan untuk bersara kerana situasi tersebut.
“Covid-19. Tidak perlu memberitahu siapa pun atau mengatakan apapun.
“Akan berbeza jika saya bermain, tetapi itu berlaku setelah kami berhibur di Sepanyol.
“Setelah kami tiba di Paris, kami dinyatakan negatif. Tetapi kemudian, kekasih saya menunjukkan gejala sehingga kami mengulangi ujian dan dia positif dan kerana dia terjangkit, saya juga mengalaminya. Saya memperkatakan sekarang kerana itu sudah terjadi,” kata Cavani lagi.
Add Comment