
GEORGINIO Wijnaldum pada mulanya dikaitkan akan bergabung dengan Barcelona pada bursa perpindahan musim panas lalu.
Khabarnya dia boleh meninggalkan Liverpool kerana berada dalam radar Ronald Koeman.
Selain itu, alasan lainnya adalah kehadiran Thiago Alcantara ke Anfield dan Wijnaldum dilihat sebagai pemain yang terpaksa dikorbankan.
Namun, pada akhirnya khabar angin ini terbukti tidak benar. Sehingga bursa perpindahan ditutup kelmarin, Wijnaldum tetap berstatus pemain Liverpool, dan tenaganya masih diperlukan Jurgen Klopp musim panas ini.
“Saya fikir itu (diminati Barca) tidak serius. Jika tidak, anda seharusnya lebih banyak membaca beritanya, dan akan ada lebih banyak perkara yang terjadi.
“Tidak ada yang konkrit. Saya bahkan tidak perlu memikirkannya. Sepertinya sekarang saya akan kekal (di Liverpool). Kontrak saya masih berbaki 10 bulan lagi.
“Saya masih boleh pergi, tentu anda tidak pernah tahu apa yang akan terjadi dalam bola sepak. Jadi kita lihat saja,” kata Wijnaldum kepada Mirror.
Walaupun kekal di Anfield, status Wijnaldum masih belum jelas.
Malahan, Jurgen Klopp sendiri pernah membangkitkan isu ini.
“Semuanya bagus untuk Gini. Masih lancar sahaja soal masa depan yang kami hadapi bersama. Saya tidak boleh ramal beberapa tahun ke depan, tapi sekarang masih baik.
“Anda tahu situasinya, antara saya, Gini, dan kelab, semua baik. Tentu saja sudah bercakap dengannya,” kata Klopp.
Add Comment