HAJAT Manchester United untuk mendapatkan tandatangan penyerang sayap Barcelona, Ousmane Dembele pada jendela perpindahan musim panas ini tidak tercapai.
Manchester United memang diyakini mengalihkan radarnya kepada Dembele apatah lagi buruan mereka terhadap bintang Borussia Dortmund, Jadon Sancho tidak membuahkan hasil.
Dalam beberapa hari terakhir menjelang penutupan jendela perpindahan, Manchester United dikhabarkan berusaha bersungguh-sungguh memancing Dembele.
Ada beberapa ketika Manchester United digosipkan hampir pasti merekrut Dembele yang dikatakan menghampiri ke Old Trafford.
Namun, kini ianya tak menjadi kenyataan !
Terbaru, seperti dilapor The Athletic, buruan Manchester United terhadap Dembele akhirnya gagal kerana tidak ada kesepakatan yang tercapai dengan Barcelona.
Berbeza dengan keinginan Barcelona yang hanya mahu melepas secara tetap, Manchester United didakwa hanya ingin membaw masuk Dembele dengan status pinjaman.
Meski gagal mendapatkan Dembele, Manchester United tetap sangat sibuk di hari terakhir jendela perpindahan musim panas ini.
Secara keseluruhannya, The Red Devils sudah mendatangkan lima pemain.
Dari kelima pemain tersebut, dua di antaranya adalah lima pemain yang boleh utama, iaitu Alex Telles dan Edinson Cavani.
Sementara itu, United juga selesai menandatangani dua pemia bakat belia, iaitu Willy Kambwala asal Perancis, dan Facundo Pellistri dari Uruguay.
Tak hanya itu, Manchester United juga berjaya mendapatkan khidmat bintang muda masa depan dari kelab Atalanta, Amad Traore yang akan bergabung pada Januari 2021 nanti.
Add Comment