Antarabangsa Bola Sepak Semasa

Olsen cabar Jordan Pickford

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

PENDAHULU semasa Liga Perdana Inggeris, Everton meminjam penjaga gawang AS Roma, Robin Olsen, selama satu musim.

Pemain asal Sweden itu dibawa khas sebagai pesaing utama Jordan Pickford di posisi gawang The Toffees.

Robin Olsen menjadi pemain keenam yang didatangkan Everton sepanjang musim perpindahan pemain kali ini.

Untuk rekod, Olsen merupakan penjaga gol utama Sweden ketika mereka menembusi suku akhir Piala Dunia 2018 di mana dia mencatatkan tiga clean sheet dari empat perlawanan.

Penjaga gawang berusia 30 tahun itu tiba di AS Roma sebagai pengganti Alisson yang berpindah ke Liverpool.

Olsen kehilangan posisinya sebagai pengemudi utama musim lalu setelah Roma membawa masuk Pau Lopez dan dia menghabiskan musim lalu dengan dipinjamkan ke Cagliari.

Robin Olsen menjadi rekrut kedua Everton di hari terakhir bursa perpindahan setelah mereka menandatangani pemain bek muda berusia 22 tahun, Robin Godfrey, dan Norwich City.

Sebelum ini, The Toffees telah mendapatkan khidmat penjaga gawang Manchester United Sergio Romero dan penjaga gawang Tottenham, Paulo Gazzaniga.

Statistik mencatatkan Jordan Pickford menjadi penjaga gawang yang melakukan paling banyak kesalahan di Liga Perdana Inggeris sejak Ogos 2017.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: