Antarabangsa Bola Sepak Terkini

Spurs belasah United


MANCHESTER United diaibkan kekalahan 1-6 di laman sendiri pada saingan Liga Perdana Inggeris 2020/21 menentang Tottenham Hotspurs di Stadium Old Traford, sebentar tadi.

Empat gol pada babak pertama selain tambahan dua gol babak kedua dijaringan Spurs selain layangan kad merah kepada Anthony Martial pada separuh babak pertama mewarnai aksi yang didominasikan sepenuhnya pelawat.

Pada aksi yang berlangsung sebentar tadi, The Red Devils terlebih dahulu mengegarkan gawang selepas Bruno Fernandes menyempurnakan sepakan penalti seawal minit ke 4 namun  kelebihan tersebut dipadamkan Tanguy Ndombele selang dua minit kemudian bagi mengikat kedudukan 1-1.

Selang tiga minit kemudian pelawat berada dihadapan hasil jaringan Song Hueng Min sebelum episod derita tuan rumah bermula apabila Anthony Martial dilayangkan kad merah pada minit ke 28 selepas didapati mengasari Erik Lamela.

Spurs terus melebarkan jaringan dengan Harry Kane meledak gol pada minit ke 30 sebelum Song mencetak nama selaku penjaring keempat buat pasukan dan kedua peribadi selang tujuh minit kemudian.

Gawang Man United terus dibocori lawan selang enam minit separuh masa kedua bersambung apabila Aurier menjaringkan gol hasil rembatan yang gagal ditepis penjaga gawang tuan rumah, David De Gea.

Lima gol yang terhasil masih belum cukup buat skuad bimbingan Jose Mourinho ini apabila terus mengasak benteng tuan rumah dan usaha tersebut berhasil melalui sepakan penalti pada minit 79 yang disempurnakan Kane untuk memastikan kemenangan mutlak 6-1 ke atas United.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d