Bola Sepak

Apa nasib UKM FC dan Felda United FC ?


KEPUTUSAN sama ada UKM FC dan Felda United FC bakal tersingkir ke liga bawahan selain berdepan halangan beraksi dalam saingan Liga Malaysia musim depan hanya akan diputuskan dalam sidang media Jawatankuasa Khas Bola Sepak Profesional FAM dan First Instance Body (FIB) Pelesenan Kelab FAM yang akan berlangsung di Wisma FAM, esok.

Status kedua-dua pasukan ini masih menjadi tanda tanya memandangkan FAM telah meminta penjelasan daripada pasukan terbabit berkaitan dokumen berkaitan yang sudah diserahkan kepada mereka untuk penelitian badan induk bola sepak itu.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingan dalam kenyataannya kepada Harian Metro sebelum ini memaklumkan tiada sebarang keistimewaan atau ‘bantuan khas’ kepada Felda United FC dan UKM FC selepas dua pasukan itu dikhabarkan masih belum mendapat kelulusan bagi proses penswastaan.

Sebaliknya, FAM hanya meminta penjelasan daripada pasukan terbabit berkaitan dokumen berkaitan yang sudah diserahkan kepada mereka untuk penelitian badan induk bola sepak itu.

“Setakat ini dua pasukan itu masih lagi mematuhi tarikh akhir penghantaran dokumen yang berakhir semalam (30 September). Semua 21 pasukan sudah memberi dokumentasi yang diperlukan, tetapi dua pasukan ini FAM memerlukan penjelasan membabitkan dokumentasi itu.

“Bukan mereka tak hantar, mereka sudah hantar tetapi selepas dokumentasi diperiksa oleh jawtankuasa, ada klarifikasi yang diperlukan oleh FAM. Kita tak bagi talian hayat, mereka sudah hantar, tapi maklumat yang diberikan kita perlukan penjelasan,” ujarnya.

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d