Antarabangsa Bola Sepak

Klopp tak percaya


PENGURUS Liverpool, Jurgen Klopp, sukar untuk mempercayai pasukan bimbingannya kalah teruk pada minggu keempat Liga Perdana Inggeris musim ini.

Berkunjung ke kubu Aston Villa, Liverpool dibelasah 2-7, awal lagi tadi.

Klopp mengakui cukup hairan dengan keputusan yang diraih Liverpool untuk aksi kali ini.

“Jelas bahawa saya tidak yakin pada awalnya, tetapi saya dapat memberitahu anda apa yang saya lihat. Untuk alasan yang berbeza, Aston Villa melakukannya dengan sangat baik,” ujar Klopp kepada BBC Sport.

Keputusan negatif ini meletakkan Liverpool berada di kedudukan kelima dengan koleksi sembilan mata.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: