Antarabangsa Bola Sepak Semasa

Titik terburuk karier OGS

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

PENGURUS Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer turut kesal dan sedih apabila anak didiknya dimalukan Tottenham Hotspur.

Solskjaer mengakui bahawa kekalahan ini menjadi titik terburuk dalam kariernya sebagai jurulatih The Red Devils.

“Kami telah menyumbang kepada kejatuhan kami sendiri. Untuk menjelaskannya sekarang cukup sukar. Kami dikalahkan 1-6 di halaman sendiri oleh pasukan yang sangat bagus.

“Ini adalah hari terburuk dalam karier saya sebagai pengurus Manchester United dan hari terburuk bagi mereka semua sebagai pemain Manchester United,” kata Solskjaer dipetik dari BBC.

Kekalahan ini sekaligus membangkitkan kembali kenangan buruk Manchester United ketika bertemu Manchester City pada 2011.

Waktu itu, Manchester United juga tewas kepada pasukan tetangga sekota, Manchester City dengan jaringan 1-6 di Old Trafford.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: